Wednesday 12 December 2012

Doa :')

Assalamualaikum..

Hai. Beberapa hari juga aku tak update blog sebenarnya ni. Hari ni saja nak update. Aku nak update tentang doa. Malam semalam dalam pukul 12 lebih jugak lah panas betul dengan isu doa. Aku tak ada nak komen apa-apa sebab dalam isu doa aku rasa tak cukup 140 aksara nak describe pendapat aku. Pernah tengok equation ni tak?

a) Usaha + Doa = InsyaAllah berjaya
b) Usaha sahaja = Sombong
c) Doa sahaja = Pemalas
d) - Usaha - Doa = bak kata orang, Tolol *orang yang kata. Aku tak kata apa-apa*



Jadi sekarang korang dah faham ke belum apa yang aku cuba nak sampaikan ni? Masa zaman aku upsr dulu, aku suka ambil jalan mudah. Aku pilih equatin (c) tu. Aku rasa itulah sebab result aku boleh tahan tak cemerlang juga sebenarnya. Tapi aku bersyukur sebab walaupun result upsr aku hampeh, Allah sedarkan aku supaya usaha lebih untuk masa depan. Semua benda jadi ada hikmahnya :)

Korang tahu tak betapa besarnya kuasa doa tu. Terlalu besar kuasanya melebihi kuasa senjata. Tak kisahlah machine gun ke senapang patah ke pistol air ke *ehh*. Kalau orang yang putus harapan tu sebenarnya harapan dia tak adalah putus mana. Dia mungkin terlupa dengan kuasa doa.

Jangan pernah kecewa kalau doa tak termakbul *walaupun kadang-kadang aku pun kecewa jugak*.  Kalau doa tak termakbul tu maknanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Contohnya, kalau doa kau nak dapat 8A Allah tak makbulkan, mungkin ada hikmah. Mana tahu kalau kau betul dapat 8A nanti kau riak ke.Think positive ok. Semua benda ada hikmah. Emm aku bercakap dalam konteks lepas kau sudah berusaha dan berdoa serta bertawakal. Kalau kau tak buat apa yang patut sebenarnya memang wajarlah dapat result macam tu *sigh*

Kalau yang dalam mood exam tu, tak salah korang study 24 jam memanjang tapi janganlah lupa nak mengadap Tuhan. Apa salahnya masa stay up sampai pukul 2-3 pagi korang buat solat hajat dulu ke, solat taubat ke. Bawa-bawalah tenang sikit hati tu. *btw jangan tidur lambat sangat nanti terlepas Subuh. Possibilitty untuk meninggalkan solat wajib yang satu ni sangat tinggi kalau asyik tidur lambat je. Percayalah. Aku pernah alaminya T__T*

Walau sesibuk mana pun kita,jangan sombong dengan Allah. Banyak-banyakkan berdoa dengan Allah sebab semua orang tahu yang Allah suka hambaNya yang selalu ingat pada Dia. Selalu ingat, doa itu senjata Muslim. Tapi jangan buat-buat lupa pulak dah doa jangan lupa untuk berusaha sekali ok ;)

No comments:

Post a Comment