Monday 3 December 2012

Perempuan jangan jadi lemah :')


Assalamualaikum :)

Jadah apa aku dah lama tak update lepas tu bila dah muncul kembali selamba badak pop yeh yeh je nak tulis tajuk macam ni. Tiba-tiba rasa macam nak jadi semangat buat kempen untuk u'olls kat luar tu supaya jangan lah jadi lemah sangat. 

Yezzaa.. Aku masih tak dapat terima kenyataan dengan kewujudan manusia yang berasal dari kaum Hawa *yang original sahaja ok* yang sanggup menangis kerana lelaki bukan muhrim. Dalam kes ni aku ambil contoh yang semua orang pun boleh fikir secara logik. PEREMPUAN YANG MENANGIS SEBAB PAKWE. Jadah apa woii.. Kalau dia tak sayang kau,nak tinggalkan kau ke,tak payah nak meraung sangatlah kan.. Nampak sangat lelaki macam tu hanya datang dalam hidup kau untuk memperkotak-katikkan hidup kau. 

Serius aku tak faham dengan perempuan yang menangis gara-gara pakwe. Pakwe curang ke,pakwe tinggalkan kau ke.. Biarlah dia. Hidup dia. Dia bukan suami kau yang kau harus menangis meratap dia curang dengan kau. Dia kisah apa. Yang penting dia bahagia. *isk.Kalau dah memang jenis aku yang ganas,aku tinggalkan je lelaki macam tu. Just godai lah weh*. Huarghh. Emo terlebih plak..

Btw,sebenarnya ada benda yang lagi penting aku nak post. Yang kat atas ni pendahuluan je. Video Katy Perry - Part of Me dapat meng-describekan apa yang aku cuba sampaikan *note : aku tahu ini lagu lama. Tiba-tiba rasa nak post sekarang T__T*




*kalau tak boleh play jugak. Sila ke Youtube terus. Maaf menyusahkan. Heee. Btw ada part spenda sila ignore*

Anda nampak apa yang cuba disampaikan disini? Mula-mula memang lahh frust menonggeng pakwe gatal nokharom sungguh. Tapi yess. tak nak kena anggap lemah,dia daftar jadi navy. Eh,tapi kalau kes aku,kalau pakwe curang just godai jelah *note : aku tak ada pakwe. Apa barang pakwe2*. Tak de kuasa I nak daftar navy nyahh..
Tapi point utamanya sekarang dia nak tunjuk,yang dia bukan perempuan lemah nak frust menonggeng bagai sampai nak bunuh diri pergi terjun KBMall *apa barang KBMall. KLCC baru kaw kaw. Belum sampai puncak lagi kau dah semput. Memang terbatal niat sungguh nak terjun bangunan*

Sampai sekarang aku tak faham dengan perempuan yang menangis sebab pakwe. Lelaki akan anggap kau lemah. Dan aku pun tak faham dengan manusia yang sanggup terjun KBMall sebab kekasih. Orang akan anggap kau berdouble-double bebal.


Jadi kesimpulannya,perempuan sila jangan lemah jika tidak mahu dianggap lemah. Sila jangan menangis kerana lelaki bukan muhrim kerana ianya hanya akan membazirkan air mata anda. Dari menangis sebab pakwe,lebih baik menangis sebab result spm ye dok.*eh,terperli diri sendiri pulakk baik kau menangis kerana Allah sbb korang banyak buat dosa dgn pakwe korang,mintak doa dgn Allah InsyaAllah korang kembali ke pangkal jalan.Bukan nak condemn siapa-siapa tapi cuma nak menegur/menasihati/mengingatkan/melawak/memarahi/berbual kosong  *hah,kau pilihlah entri ni kategori yang mana*. Kesimpulannya..JANGAN BAZIRKAN AIR MATA ANDA KEPADA MANUSIA YANG TIDAK MENGHARGAI ANDA.

Note : Entri emo sikit. Aku nak mohon maaf siap-siap ni hah kepada sesiapa yang terasa mahupun merasa atas entri aku kali ni. Kbye..

No comments:

Post a Comment